I made this widget at MyFlashFetish.com.


Wednesday 7 December 2011

Teknologi Android


Apakah anda ingin memiliki sebuah tablet dengan OS Android 4.0 Ice Cream Sandwich seperti pada Transformer Prime milik ASUS? Granted! Adalah sebuah perusahaan bernama Californian MIPS Technology yang meluncurkan tablet dengan OS Android Ice Cream Sandiwich, dan lagi kabar baiknya, tablet tersebut dijual dengan harga tak kurang dari 100 USD. Prosesornya sendiri adalah XBurst  buatan dari Chinese Ingenic Semiconductor, dengan kode JZ4770.
Pihak perusahaan mengatakan bahwa kini mereka telah meluncurkan tablet tersebut untuk kawasan Jepang. Tak menutup kemungkinan mereka juga akan merilis tablet ini di tempat lain. Semoga Indonesia sebagai salah satunya.

Tuesday 6 December 2011

7 Kelebihan Blog


1. Sampaikan pendapat anda
Sebenarnya sebagai manusia anda mesti ada pandangan sendiri tentang apa sahaja yang berlaku di sekeliling anda. Dan anda tidak mampu bersuara untuk menyampaikan komentar tentang sesuatu. Maka blog adalah tempat yang paling sesuai. Nyatakan isu yang berlaku dan lontarkan pendapat anda. Kerana mungkin di luar sana ramai yang rupa-rupanya sependapat dengan anda.

2. Gilap potensi anda
Jika anda seorang yang bijak menyusun kata-kata, terror dalam mengarang, sensitif terhadap isu dan kreatif, mengapa anda hanya biarkan bakat anda terbiar begitu sahaja. Anda patut gilap bakat ini. Berapa ramai di luar sana yang tidak menyedari tentang bakat yang diberikan kepada mereka.

3. Tambah ilmu pengetahuan
Bukan senang membina blog. Lebih-lebih lagi untuk mengetengahkan konsep blog kita pada orang lain dan meyakinkan mereka. Maka sudah pasti kita memerlukan ‘homework’ yang banyak dan membuat research untuk satu-satu posting. Maka di sini secara tidak langsung akan memberikan input-input baru kepada minda anda tentang apa saja ilmu.

4. Kawan biar seribu
Berblog sebenarnya memberikan anda rang yang luas untuk mencari dan membina kenalan baru. Persahabatan di alam maya, tetapi persahabatan sebenarnya berlaku atas dasar perkongsian ilmu dan bertukar pendapat. Silap-silap anda boleh bertemu jodoh dengan kawan-kawan blogger anda.

5. Sumber ekonomi luar waktu kerja
Haa..jangan tak tahu kalau anda tahu bagaimana memasarkan produk anda di blog, anda sebenarnya sedang berusaha keras menambahkan pendapatan anda. Bayangkanlah dengan hanya menulis anda mampu menjana pendapatan anda. Tapi perlu dapatkan info tambahan untuk cara-caranya sebab saya tak nyatakan di sini.

6. Mengajarkan ilmu
Anda mungkin seorang yang berilmu dan ingin berkonsi ilmu bersama orang ramai. Jadi blog adalah saluran yang paling mudah untuk dikongsikan. Sampaikan ilmu walaupun hanya satu ayat. Jangan biarkan diri anda diselubungi rasa hampa untuk berdakwah dan menyampaikan ilmu.

7. Isi masa lapang
Anda yang tak sukakan aktiviti lasak dan lebih gemarkan aktiviti minda, blog adalah ruang paling sesuai tuk anda terus mengisi lapang dengan berfikir dan berfikir. Tahukah anda banyak berfikir dapat membantu anda dari nyanyuk. So ada juga kebaikannya.