1.
Sampaikan pendapat anda
Sebenarnya
sebagai manusia anda mesti ada pandangan sendiri tentang apa sahaja yang
berlaku di sekeliling anda. Dan anda tidak mampu bersuara untuk menyampaikan
komentar tentang sesuatu. Maka blog adalah tempat yang paling sesuai. Nyatakan
isu yang berlaku dan lontarkan pendapat anda. Kerana mungkin di luar sana ramai
yang rupa-rupanya sependapat dengan anda.
2.
Gilap potensi anda
Jika anda
seorang yang bijak menyusun kata-kata, terror dalam mengarang, sensitif
terhadap isu dan kreatif, mengapa anda hanya biarkan bakat anda terbiar begitu
sahaja. Anda patut gilap bakat ini. Berapa ramai di luar sana yang tidak
menyedari tentang bakat yang diberikan kepada mereka.
3.
Tambah ilmu pengetahuan
Bukan senang
membina blog. Lebih-lebih lagi untuk mengetengahkan konsep blog kita pada orang
lain dan meyakinkan mereka. Maka sudah pasti kita memerlukan ‘homework’ yang
banyak dan membuat research untuk satu-satu posting. Maka di sini secara tidak
langsung akan memberikan input-input baru kepada minda anda tentang apa saja
ilmu.
4.
Kawan biar seribu
Berblog
sebenarnya memberikan anda rang yang luas untuk mencari dan membina kenalan
baru. Persahabatan di alam maya, tetapi persahabatan sebenarnya berlaku atas
dasar perkongsian ilmu dan bertukar pendapat. Silap-silap anda boleh bertemu
jodoh dengan kawan-kawan blogger anda.
5.
Sumber ekonomi luar waktu kerja
Haa..jangan
tak tahu kalau anda tahu bagaimana memasarkan produk anda di blog, anda
sebenarnya sedang berusaha keras menambahkan pendapatan anda. Bayangkanlah
dengan hanya menulis anda mampu menjana pendapatan anda. Tapi perlu dapatkan
info tambahan untuk cara-caranya sebab saya tak nyatakan di sini.
6.
Mengajarkan ilmu
Anda mungkin
seorang yang berilmu dan ingin berkonsi ilmu bersama orang ramai. Jadi blog
adalah saluran yang paling mudah untuk dikongsikan. Sampaikan ilmu walaupun
hanya satu ayat. Jangan biarkan diri anda diselubungi rasa hampa untuk
berdakwah dan menyampaikan ilmu.
7. Isi
masa lapang
Anda yang tak
sukakan aktiviti lasak dan lebih gemarkan aktiviti minda, blog adalah ruang
paling sesuai tuk anda terus mengisi lapang dengan berfikir dan berfikir.
Tahukah anda banyak berfikir dapat membantu anda dari nyanyuk. So ada juga
kebaikannya.